Anda Mahu Bina Laman Web Tetapi Tidak Tahu Coding dan Grafik?

“Cara Membina Laman Web Yang Menjual Di Internet Walaupun Anda BUKAN Pakar IT “

Jika Anda Ingin Belajar Membina Minisite, Laman Web Syarikat, Laman Web eCommerce (Shopping Cart) dan Blog untuk melariskan perniagaan anda secara online disinilah jawapannya
 
Daripada: Aswadi

Tarikh:

Per: Cara Bina Laman Web Semakin Mudah

Salam Sejahtera,

Terdapat pelbagai cara untuk anda membina laman web. Diantaranya ialah menggunakan perisian NVU, Microsoft Frontpage, Dramweaver. Perisian ini adalah sesuai untuk mereka yang tahu bahasa coding yabf dibuat diatas layout kosong. Ada yang gunakan Content Management System seperti Joomla, Wordpress, Blogspot, PHP Nuke dan sebagainya. Aplikasi ini sesuai untuk mereka yang tiada pengetahuan tentang coding. Namun setiap aplikasi ada pro dan kontra.

 

Tetapi mahukah saya tunjukkan kepada anda cara paling mudah membina dan mengemaskini laman web bisnes anda tidak kira dimana anda berada walaupun tanpa laptop peribadi anda dengan syarat mesti ada sambungan internet?

 
Mahu lihat hasil daripada perniagaan yang dilakukan secara online?

Laman Ini Tidak Cantik kan? Hakikatnya Ia Telah Menjana Ribuan Ringgit Setiap Bulan

Penyata Akaun Semasa Maybank Syarikat Almukhalis Venture Kepunyaan Saya Menunjukkan Jualan 5 Angka Sebulan

Penyata Transaksi Penerimaan Bayaran Pelanggan Melalui Kad Kredit

 

Laman web bisnes yang mempunyai sistem penerimaan pembayaran melalui kad kredit atau debit membuatkan  anda telah mendahului pesaing anda selangkah dihadapan. Jika pelanggan makan gaji akan tunggu hingga hujung bulan untuk membuat pembelian tetapi pelanggan yang mempunyai kad kredit akan buat pembelian dengan serta-merta!

 

Minisite / Sales Page / Landing Page
Laman web seperti ini adalah sesuai untuk menjual produk fizikal dan digital. Ia juga amat sesuai digunakan untuk menjual satu produk sahaja. Contoh produk fizikal seperti CD, Buku, Kek dan sebagainya. Contoh produk digital pula seperti e-book, affiliate, audio, video dan sebagainya. Laman web jenis ini biasanya menumpukan tentang kelebihan produk yang ditawarkan membuatkan pelawat akan membaca laman web tersebut dari atas hingga kebawah.
 
Laman Web E-Commerce (Shopping Cart)
Bagi peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan mereka mahukan laman web jenis ini. Dalam laman web ini mereka boleh meletakkan seberapa banyak pun barangan yang mereka mahu dan boleh menerima pelbagai jenis kaedah bayaran.
 
Laman Web Syarikat
Bagi syarikat yang hanya menawarkan khidmat perkhidmatan mereka hanya perlukan promosi didalam internet. Laman web jenis ini menjadi pilihan mereka kerana mereka tidak perlu mengupah syarikat lain membuat dan menyelenggara laman mereka yang melibatkan kos yang tinggi.
 

1) Menjimatkan Kos

Anda tidak perlu membazirkan wang mengupah pihak lain membuat laman web anda kerana proses membuat laman web sendiri adalah tidak sesukar yang anda sangkakan. Mengupah pihak professional membuat laman web bukanlah melibatkan kos yang sedikit dan kadang kala mencecah ribuan ringgit. 

2) Tidak Bergantung Kepada Pihak Lain

Anda tidak perlu pening kepala setiap kali hendak kemaskini laman web anda perlu menguhubungi pihak lain untuk kemaskini laman web anda. Anda boleh lakukannya sendiri tak kira masa dan dimana saja anda berada. Pagi petang siang atau malam. 24 jam sehari 7 kali seminggu. Selagi anda mempunyai sambungan internet maka anda boleh kemaskini web anda setiap masa. Kos kemaskini ataupun penyelenggaran laman web oleh pihak ketiga bukanya murah.

3) Mempelbagaikan Sumber Pendapatan

Setelah anda mahir membuat laman web, anda boleh menghasilkan lagi seberapa banyak laman web yang anda suka melibatkan pelbagai jenis perniagaan atau cara menghasilkan duit melalui internet. Banyak usahawan internet sepenuh masa sekarang ini yang bermula dengan 1 laman web tetapi sekarang ini mempunyai berpuluh laman web dan hanya goyang kaki menunggu hasil masuk sahaja.

 

Sumber Pendapatan Pendapatan Bulanan
Gaji tetap pekerjaan anda RM3000
Laman web e-commerce-jual produk kecantikan RM2000
Laman web e-book-cara kuruskan badan RM500
Laman web produk affiliate RM300
Laman web dropshipper RM500
Hasil pengiklanan dalam blog anda- daripada Nuffnang RM200
Jumlah hasil pendapatan anda RM6500

Anda dapat hasilkan laman web mengikut keperluan atau perniagaan anda sama ada minisite, web syarikat atau web e-commerce.

Saiz kelas yang kecil. Setiap kali kelas diadakan hanya 5 orang sahaja kerana mudah untuk saya melayan pertanyaan anda.

Saya akan tunjukkan anda cara menerima bayaran melalui kad kredit tanpa sebarang kos kerana banyak orang menyangka menyediakan sistem penerimaan bayaran kad kredit melibatkan kos yang tinggi.

Laman web yang dihasilkan nampak sentuhan professional dan mempunyai pelbagai fungsi.

Anda akan menerima goodies berbentuk CD yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan laman web.

Saya akan tunjukkan asas cpanel

Mengetahui tentang persamaan, perbezaan, fungsi dan kegunaan antara minisite, website dan blog.
Menyesuai dan mengoptimumkan antara minisite, website dan blog untuk kegunaan kegunaan perniagaan.
Mempelajari asas Photoshop untuk hasilkan dan optimize grafik pada website supaya dapat meningkatkan imej perniagaan peserta.
Mempelajari asas coding HTML dan hasilkannya dengan html editor Microsoft Frontpage.
Menunjukkan secara terperinci langkah-langkah teknikal supaya di akhir kursus, peserta dapat meghasilkan minisite, website dan blog sendiri.
Dapat menghasilkan website ecommerce dengan fungsi penerimaan bayaran automatik supaya perniagaan lebih teratur, efisyen dan urusniaga 24jam.
Dapat menguruskan website anda sendiri. Ini bermaksud, peserta bebas untuk mengubah suai kandungan tanpa perlu bergantung pada webmaster dengan caj yang mahal lagi.

Anda akan melakukan praktikal sepanjang kursus. Hand out disediakan.

Anda akan diajar menggunakan aplikasi ‘open source CMS‘ untuk menghasilkan laman web

Anda akan diajar beberapa setting utama seperti contact form, shopping cart dan image gallery.

Anda akan menggunakan Perisian Frontpage, untuk hasilkan kod html.

Anda diberikan template theme untuk dijadikan laman web perniagaan anda.

Kaedah personal coaching. Anda bebas untuk bertanya apa juga soalan pada saya.

Kursus yang ditawarkan ini adalah terbahagi kepada 3 Modul.

Modul 1 – Mempelajari Asas cPanel.

  • Pengenalan kepada cPanel & dan fungsi-fungsi asas.
  • Cara akses ke cPanel.
  • Cara buat Add On domain
  • Cara buat sub domain
  • Cara buat new folder
  • Kenali File Manager.
  • Cara buat password folder untuk tujuan keselamatan fail-fail download.
  • Cara membuat akaun email @domainanda

Modul 2 – Membina Website dengan Content Management System (CMS)

  • Install ke tapak domain.
    • Cara install di direktori utama
    • Cara install pada folder folder berlainan.
  • Pengendalian back end application (admin area)
    • Cara install template.
    • Cara install plugin.
    • Cara set up menu dan link.
    • Cara memasukkan kandungan, text, gambar, video, galeri dan lain-lain.
    • Cara menguruskan kandungan dengan mudah – (menguruskan kategori).
    • Membuat Setting static page
    • Membuat Setting dinamic page
    • Configure menu dan link-link antara page, link dalam page yang sama, dan link dengan website luar.

    • Cara customize website template open source CMS seperti grafik header, footer background supaya lebih personalized.

    • Membuat setting Ecommerce dan ‘configure’ produk, kategori, harga, diskaun, payment gateway dan fungsi-fungsi lain mengikut keperluan perniagaan peserta.

    • Membuat integrasi dengan akaun facebook dan twitter.

Modul 3Pemasaran.

  • Teknik Google Adword
  • Teknik laman pengiklanan di laman web percuma dan berbayar.
  • Teknik Viral Marketing dengan “social network” Facebook dan Twitter
  • Teknik SEO supaya laman web di rangking tertinggi enjin carian.

 

 

Lot 54B, Tingkat 2, Blok 4
Worldwide Business Park
Jalan Karate 13/47
40675 Shah Alam
Selangor

 

Anda Masih Ragu-ragu Untuk Menyertai Kelas Belajar Buat Web Ini?

 
1) Harga Mahal?

Adakah dengan harga RM370 anda anggap mahal? Saya jamin kelas belajar buat web ini antara yang paling murah dipasaran. Berbanding dengan hasil yang akan dapat setelah berakhirnya kelas ini saya jamin anda merasa nilai RM370 yang anda laburkan untuk mendapatkan ilmu ini amat berbaloi.

2) Tiada Masa?

Anda hanya perlu luangkan masa hanya 1 hari bermula 9 pagi hingga 6 petang. Anda boleh pilih samada hari bekerja iaitu Rabu ataupun hari minggu iaitu Sabtu. Cukup ke 1 hari? Modul yang saya gunakan adalah mudah dan tidaklah rumit. Itulah tujuan kelas belajar buat web ini diadakan.

3) Zero Knowledge?

Jangan bimbang. Saya akan tunjukkan dari awal. Sekiranya 'lost' semasa kelas berlangsung, tanya je. Jangan malu-malu. Yang penting anda ada minat dan kesungguhan untuk membuat laman web. Yang paling penting mesti ada asas menggunakan komputer. Kalau nak klik pun tak tahu susah la saya nak tolong.

 

Syarat Paling Utama Sebelum Menghadiri Kelas Ini

 
1) Bawa Laptop dan Mouse (Wajib)

Anda mesti mempunyai laptop/notebook/komputer riba sendiri. Netbook tidak boleh digunakan. Ianya hanya sesuai melayari laman web bukan membina laman web kerana skrin yang kecil dan kemampuan yang agak terhad. Kenapa saya tidak sediakan komputer? Saya pasti anda yang mahu mempelajari ilmu ini pasti mempunyai laptop. Jika anda belajar dengan menggunakan laptop sendiri anda dapat praktikalkan sepenuhnya ilmu yang akan diajar didalam kelas. Semua bahan-bahan yang diberikan dapat disimpan terus didalam laptop. Pada pengalaman saya yang lalu, belajar melalui desktop ditempat kursus tetapi setelah pulang agak terleka untuk memulakan apa yang telah dipelajari ketika ditempat kursus. Yang paling utama ialah anda dapat menghasilkan laman web anda setelah tamat kelas. Sekiranya anda benar-benar tidak mempunyai laptop sila isikan pada ruangan membawa laptop sendiri. Insyaallah saya akan sediakan sebuah desktop tetapi ia adalah terhad
*Sekiranya ada broadband sendiri sila bawa sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya laptop anda tidak dapat connect kepada internet kami.

2) Mempunyai Domain Name dan Web Hosting (berbayar) Sendiri (Optional)

Domain name dan web hosting adalah penting untuk memulakan pembinaan laman web. Sama seperti membina rumah, anda perlukan tapak rumah dan alamat rumah. Sekiranya anda sudah mempunyai domain name dengan blogspot atau wordpress (beli dan bayar semasa mendaftar akaun blog tersebut iaitu http://namabloganda.com bukannya http://namabloganda.blogspot.com), sila beli domain name dan webhosting yang baru kerana domain name tersebut tidak mempunyai web hosting sendiri.

Anda boleh membeli domain name dengan mana-mana syarikat yang terdapat didalam internet samada didalam atau luar negara. Saya syorkan satu syarikat tempatan iaitu internet-webhosting. Harganya tidaklah mahal dan juga servis dan support melalui telefon yang baik dalam bahasa malaysia. Pembelian juga boleh dilakukan dengan online banking, fpx dan juga kad kredit.

Klik banner dibawah untuk membeli domain name dan web hosting
 

 

Langkah 1: Pilih jenis hosting. Sila pilih Standard Hosting Plan - Linux Server Platform. Klik Proceed
 

Langkah 2: Pilih Register a new domain with SKSA Technology. Isikan nama domain yang anda mahu. Klik Next

Langkah 3: Jika domain name yang anda mahu itu available, klik Update Selection/Continue.
 

Langkah 4: Klik Proceed To Checkout.
Langkah seterusnya isikan maklmuat peribadi anda dan buat pembayaran seperti yang diarahkan.
 
3) Daftar Akaun Paypal (Optional)

Jika anda belum mempunyai akaun paypal dan verified, sila daftarkan di www.paypal.com

 
4) Daftar Akaun Google Adword (Optional)

Anda perlu daftar dengan google adword kerana supaya laman web anda dapat diintegrasikan dengan Google Analytic. Google Analytic adalah plugin yang dapat anda melihat sumber trafik yang datang melawat laman web anda. Dengan cara ini anda dapat melihat cara pemasaran mana yang lebih berkesan dan menguntungkan.

 
5) Sediakan Isi Kandungan Laman Web Anda (Optional)
  1. Halaman Utama (Home)
    Muka surat hadapan ini mestilah menerangkan tentang kandungan website anda. Ia bergantung kepada jenis perniagaan yang anda jalankan.
     
  2. Halaman Produk atau Perkhidmatan
    Pelanggan hanya akan beli jika dia benar-benar faham dan tahu kelebihan produk tersebut. Jadi anda perlu sediakan maklumat selengkapnya. Terangkan dengan terperinci seperti harga, cara menggunakan, spesifikasi, gambar dan cara penghantaran atau apa- apa juga perkara yang berkaitan. Anda juga perlu nyatakan kelebihan produk tersebut.
     
  3. Halaman Pengenalan Diri Anda/Syarikat (About Us)
    Pelawat hanya akan membeli jika dia percaya sahaja. Sebab itu anda perlu menerangkan dengan lengkap siapa diri anda. Anda perlu gunakan nama sebenar, nyatakan alamat premis perniagaan, nombor telefon dan sebagainya.Terangkan serba sedikit tentang latar belakang anda dan  sertakan gambar anda.
     
  4. Halaman Pengalaman/Profile Syarikat.
    Muka surat ini sangat sesuai untuk laman web syarikat. Ia akan lebih meningkatkan keyakinan pelawat web anda. Masukkan pengalaman anda yang lepas seperti projek yang telah dilaksanakan.
     
  5. Halaman Borang Pertanyaan atau Cara dihubungi.
    Sediakan borang pertanyaan daripada pelawat dan juga letakkan nama, emel dan nombor telefon anda untuk dihubungi.

Ini adalah kandungan yang biasanya terdapat didalam sesebuah laman web. Ianya bergantung kepada jenis laman web dan keperluan laman web tersebut.

 

 

 

Terhad kepada 4 orang sahaja setiap sesi. Buat tempahan anda sekarang.

Tarikh: Kekosongan
16/11/2011 Rabu

SELESAI

19/11/2011 Sabtu

SELESAI

26/11/2011 Sabtu

SELESAI

29/11/2011 Selasa

SELESAI

03/11/2011 Sabtu  
 

Bayar Sekarang. Potongan Istimewa RM490

RM370 Sahaja

 
 

Pertanyaan?

Aswadi
Tel: 012 208 6964
Emel: aswadi.aziz@yahoo.com

 

Hakcipta Terpelihara © BelajarBuatWeb.com All Rights Reserved
Almukhalis Venture (SA0127983-H)